04 Oktober 2012
02 Oktober 2012
LATIHAN RANCANGAN KONTIGENSI KESELAMATAN SEKOLAH
Pada tanggal 02 Ogos 2012 telah diadakan satu taklimat dan latihan Rancangan Kontigensi (RANKON) bagi menghadapi ancaman keselamatan di sekolah. Taklimat dan latihan ini telah diadakan dengan kerjasama daripada pegawai dan anggota Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) dan Batalion 15 Briged Sabah Pasukan Gerakan Am Kem Sri Jambongan. Matlamat latihan dan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga SK Jambongan tentang tindakan serta merta yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang ancaman di sekolah. RANKON ini juga bertujuan menerangkan kesiagaan pasukan serta elemen Quick Reaction Force (QRF) tentera darat dalam memberi bantuan semasa berlaku ancaman keselamatan pada sebilang masa.
PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 1M 1S 1 MALAYSIA
SK Jambongan telah mengadakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Pada 10 Julai 2012. Senamrobik ini telah melibatkan 90 orang peserta dari kalangan murid, guru, dan staf sokongan. Acara senamrobik ini adalah selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Senamrobik yang diadakan serentak di seluruh negara pada 10 Julai 2012 ini telah menarik penyertaan hampir 3,660,580 juta murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah. Kejayaan ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara ini.
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE-21 2012
SK Jambongan telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Kali Ke-21 bertempat di Padang Kampung Hujung, Pulau Jambongan pada 20-21 Jun 2012
02 November 2011
PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT SK JAMBONGAN(KM1M)
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Detik 9.30 pagi bersamaan dengan 2 Nov 2011 SK Jambongan telah melaksanakan KM1M di peringkat sekolah, iaitu sebagai menyahut arahan agar program ini dilaksanakan diperingkat sekolah dan akan dimuatkan ke dalam The Malaysia Book Of Records.
Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar, dengan memberi penerangan tujuan aktiviti ini dilaksanakan dan tatacara perjalanan program tersebut. Secara keseluruhan program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan jumlah penyertaan murid-murid yang menggalakan dan begitu juga dengan barisan tenaga pengajar serta staf. Semoga dengan pelaksanaan program seumpama ini akan dapat menyemai sikap yang positif di kalangan murid-murid supaya lebih rajin membaca buku dan sebagainya yang bermanafaat.
Langgan:
Catatan (Atom)