Memaparkan catatan dengan label Pentadbiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentadbiran. Papar semua catatan

20 September 2010

UPSR 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010


Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010 kepada calon-calon SK Jambongan. Semoga segala ilmu, dorongan dan bimbingan yang telah dicurahkan selama ini oleh kalangan guru-guru akan membuahkan hasil yang membanggakan. Sebagai peringatan kepada semua murid, berusahalah dengan bersungguh-sungguh, jawablah dengan hati yang tenang, insyallah Allah s.w.t akan merestui niat suci kalian. Sebagai pesanan juga jagalah kesihatan dengan sebaiknya, kurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Kami seluruh warga pendidik khususnya di SK Jambongan akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan murid-murid sekalian. Semoga berjaya.

Moderator Blog SKJ

05 Ogos 2010

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK JAMBONGAN, BELURAN

Salam perkenalan dari kami di Sk Jambongan. Walaupun nun jauh di kepulauan namum silaturahim sesama kita akan kekal terjalin. Salam mukadimah juga diucapkan kepada kalian buat kali pertamanya laman blog ini menemui saudara dan saudari di penghujung 2010 ini. Insyallah menerusi laman blog ini segala perkongsiaan ilmu pengetahuan, pengalaman, inovasi dan cerita akan dapat dikongsikan.














Cikgu Sharif
Moderator