Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan

21 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKJ 2011

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Pada tarikh 19 April 2011 bersamaan hari selasa pihak PIBG SK Jambongan telah mengadakan mesyuarat agungnya untuk sesi tahun 2011/2012. Antara agenda dan intipati mesyuarat tersebut ialah membincangkan arah tuju perancangan persatuan terutamanya aktiviti serta program yang akan dilaksanakan kelak pada sesi baru iaitu 2011/2012.

Selain itu juga di kalangan ahli persatuan, memaklumkan kepada pihak sekolah tentang komitmen mereka untuk bersama-sama memajukan sekolah seperti dari aspek pembangunan fizikal, kecemerlangan akademik, sukan dan sebagainya. Untuk itu pihak YDP iaitu saudara Sharif Zakaria Sharif Attar yang terus diberi mandat memimpin persatuan, mencadangkan agar pihak sekolah membuat laporan terkini berkenaan trajedi bencana alam di kawasan sekolah. Hal ini akan dibincangkan di peringkat persatuan dan akan diajukan ke pihak atasan.

Agenda seterusnya ialah pembubaran ajk 2010/2010 dan menyaksikan muka-muka baru untuk sesi 2011/2012. Walau bagaimanapun terdapat juga ajk lama terus kekal memegang jawatan masing-masing seperti YDP dan Juruaudit. Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

09 Ogos 2010

Pertandingan Futsal PIBG SKJ 2010

Buat julung kalinya acara pertandingan Futsal telah dianjurkan oleh PIBG SKJ, meskipun sebelum ini, acara ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah serta dikelolakan secara bersama dengan masyarakat kampung. Tetapi buat permulaan pada tahun 2010 ini acara ini telah dianjurkan oleh pihak PIBG. Anjuran pada kali ini telah mencipta lebaran baru dalam arena penganjuran khususnya di Pulau Jambongan. Hal ini kerana menurut En Omar Ali Momiran Guru Besar SK Jambongan jumlah penyertaan pada kali ini amat membrangsangkan. Penyertaan kali ini adalah yang terbanyak dari sebelum ini iaitu sebanyak 13 pasukan kesemuanya yang terdiri daripada pasukan dari Kg Babagu, Estate Genting Jambongan, Kg Malalin, Kg Hujung, Kg Tawakal , 25 RAMD dan pasukan PIBG sendiri iaitu My Team FC.

My Team FC

Juara pada kali ini ialah pasukan MyTeam FC dengan membawa pulang hadiah wang ringgit sebanyak RM400.00, tempat kedua pasukan LA Jambongan FC(RM 300.00) tempat ketiga Remaja Babagu FC(RM200.00) dan mendapat tempat keempat saguhati ialah pasukan Warrior B(RM50.000). Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Temasya pertandingan julung kalinya ini telah mendapat sumbangan tunggal dari YB Datuk Ronald Kiandee Parlimen 183 Beluran dan Yang Berhormat Datuk jugalaha merupakan jemputan perasmi kepada temasya kali ini. Terima kasih kepada YB Datuk Ronald Kiandee atas sumbangan dan sokongan kepada PIBG SKJ, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada YDP PIBG En Sharif Zakaria Sh Attar kerana berjaya membawa arrus perubahan dan nilai tambah kepada pihak persatuan. Ucapan syabas juga ditujukan kepada Guru Besar En Omar Ali Momiran PK 1 dan PK HEM segala nasihat, dorongan dan kata-kata perangsang kalian akhirnya membawa kejayaan kepada penganjuran pertandingan ini,  barisan exco, ajk, guru-guru, staf SK Jambongan, En Sharif Halim dan keluarga, saudara Biting B Muniran segala idea dan tunjuk ajar beliau amat bernas



Salam perkenalan dari PIBG SKJ



                                                         Mesyuarat Agung PIBG 2010/2011

Salam perkenalan dari barisan PIBG SKJ 2010/2010

Berikutan daripada mesyuarat Agung pada bulan april lepas, telah menyaksikan kekalnya barisan pemimpin PIBG SK Jambongan buat sesi yang baru iaitu 2010/2011. Yang DiPertua ialah En Sharif Zakaria B Sharif Attar, Naib Yang DiPertua En Hashimudin Mahid, Setiausaha En Sharif Putra B Sharif Ubong, Bendahari En Rosli Ismail, Juruaudit Dalaman Cik Masriah Hamzaril, Timbalan Juruaudit En Mohd Mursidi Abd Ladis. Manakala barisan exco pula ialah terdiri daripada En Ahmad Jafar, En Sharif Rahman Sh Amang, En Shamsul Abang, En Jalil Apong dan En Adok.

                           Ceramah oleh Guru Besar                                                                     Daftar Kehadiran YDP

                                                                   Barisan Guru-guru