04 November 2010

Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Jambongan 2010

Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Jambongan Ke 2 akan berlangsung selama tiga hari dibawah kelolaan Cikgu Sharif Putra bersama dengan barisan AJK Perlaksana . Bermula dari 8 Nov 2010 iaitu dengan  pengisian sukaneka di kalangan murid-murid dan pihak ibu bapa. Sejurus selepas sukaneka pada hari yang sama, pertandingan mewarna turut dilaksanakan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori A dan B . Pada tarikh 9 Nov pula satu sesi fotografi akan diadakan kepada semua graduasi dan turut diadakan sesi raptai bagi melicinkan perjalanan majlis konvo sebenar. Manakala pada 10 Nov adalah merupakan kemuncak kepada majlis konvokesyen dengan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) dan turut dihadiri oleh barisan exco PIBG. Terima kasih kepada barisan pentadbir Guru Besar En Omar Ali Momiran, PK 1 Ustaz Jamil Haris Abd Karim, PK Hem En Martin Embing, AJK PIBG,AJK Sambutan, guru-guru,staf dan ibu bapa.








Selamat berkonvo kepada semua graduasi, salam tahniah dengan kejayaan yang dikecapi, semoga segala ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar oleh kalangan guru-guru akan menjadi pedoman selamanya. Selamat melanjutkan pelajaran ke tahun 1 yang akan mendatang 2011.

1 ulasan: