27 Ogos 2010

Barisan Perdana Menteri Malaysia



Kerajaan Malaysia

Logo SK Jambongan

Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN Sabah



1Malaysia

Pengistiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957


Pada malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, orang ramai datang dan berkumpul beramai-ramai untuk menantikan detik 12.00 tengah malam. Detik 12.00 tengah malam tersebut adalah detik yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu. Detik tersebut adalah merupakan detik yang amat bersejarah kepada Tanah Melayu iaitu menandakan berakhirnya penjajahan di negara kita.

Sebelum pengistiharan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 dibuat, tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, upacara penurunan Bendera Union Jack telah diadakan di Padang Kelab Selangor. Pada saat bendera Union Jack diturunkan suasana ketika itu sunyi sepi. Kemudian sejurus selepas itu bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikan. Sesungguhnya peristiwa bersejarah tersebut telah disaksikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Dan dengan ini semangat patriotik mereka amat tinggi disamping berasa bangga dengan pengistiharan kemerdekaan tersebut.


25 Ogos 2010

CUEPACS terima kasih kepada kerajaan atas bantuan khas kewangan

Berita Harian 2010/08/25
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan membabitkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. - Bernama

Kodu Game Lab

Oleh Hazwan Faisal Mohamad-Berita Harian 2010/08/25

MICROSOFT Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah baru sistem pendidikan menerusi penghasilan permainan komputer dilengkapi perisian pendidikan berkesan. Perisian ‘Kodu Game Lab’ itu adalah yang pertama dicipta di dunia dan Malaysia bersama Singapura dan Australia menjadi negara pertama mencubanya, ia membolehkan pelajar mencipta permainan komputer sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Pengarah Pelajaran Microsoft Malaysia, Farad Alhusaini, berkata program yang dilancarkan sebulan lalu membabitkan tujuh sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri, SMK USJ 12, SMK Kalumpang, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Harcroft dan SJK(C) Chiao Nan.

“Walaupun baru dilancarkan, maklum balas yang diterima sungguh menggalakkan. Kami perlu melaksanakan proses penapisan bagi memilih mereka yang layak.

“Perisian mudah digunakan dan diberikan percuma kepada pelajar dan boleh juga dimuat turun menerusi internet menerusi program yang dilaksanakan di sekolah,” katanya pada sidang media pengenalan perisian pendidikan di SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas Pertandingan Kodu Kup 2010 yang julung kali dianjurkan, Farad berkata, acara ini pastinya menjadi medan menguji kemampuan peserta dalam mencipta permainan menggunakan perisian itu. Hasil kreativiti mereka dinilai berdasarkan inovasi, keseronokan, kualiti produk dan persembahan peserta.

Pertandingan sebulan berakhir Jumaat lalu, kata beliau, terbuka kepada peserta berusia sembilan hingga 15 tahun.

“Melalui pertandingan itu, diharapkan dapat melahirkan ramai pereka permainan tempatan pada masa depan dalam industri bernilai berbilion ringgit ini,” katanya. Pelajar Tingkatan Dua SMK Taman Bukit Maluri, Sarvesh Seger, berkata pada mulanya, 200 murid bersemangat menyertai program ini, namun hanya 64 terpilih apabila guru menguji kemahiran menggunakan komputer sebelum memilih mereka yang layak.

“Saya berbangga kerana terpilih dan peluang mengikuti program dan mendapat banyak pengalaman daripadanya. Pada bengkel tiga hari yang diadakan di sekolah, kami diajar cara mencipta permainan komputer menggunakan perisian ini.

“Ternyata aktiviti ini mudah dikendalikan. Proses mencipta permainan yang ringkas hanya mengambil masa beberapa minit. Kepuasan terasa apabila melihat rakan atau adik beradik bermain permainan ciptaan saya,” katanya.

Formula Bijak Sifir kaedah mengira secara cepat, mudah

Oleh Hazwan Faisal Mohamad-Berita Harian 2010/08/25

KAEDAH bijak sifir tidak memaksa murid menghafal, sebaliknya pendekatan itu membimbing mereka kepada teknik mudah menguasai sifir dan kebiasaannya masing-masing boleh berbuat demikian dalam tempoh dua hari. Formula yang dibangunkan selama tujuh tahun itu kata penulis buku Bijak Sifir, Muhamad Tajudin Mustafa, dilengkapi kaedah berkesan menguasai sifir satu hingga 12 secara sistematik.

Beliau yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata proses menguasai sifir itu dilaksanakan menerusi sesi bengkel yang menyasarkan murid Tahun Satu hingga Enam selain mempelawa mereka berminat menyertainya.Katanya, setakat ini, peserta bengkel memberi maklum balas positif dan mereka hanya menguasai sifir menerusi teknik pembelajaran berkesan. Kaedah Bijak Sifir itu membantu mereka memahami konsep pengiraan secara mudah dan cepat.

“Syarat asas peserta bengkel adalah dalam kalangan murid sekurang-kurangnya mengenali nombor dan mahir dalam operasi penambahan,” katanya. ”Sejak dilancarkan dua bulan lalu, tujuh sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Coronation Park, SK Sumpitan, SK Temelong, SK Convent Aulong, SK St Francis, SK Banggol Belimbing dan SK Parit dari Perak menyertai program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Muhamad Tajudin, berkata idea menghasilkan formula itu tercetus berikutan fenomena pelajar lemah dalam mata pelajaran matematik sering dikaitkan dengan kegagalan mereka menguasai sifir dengan baik. Beliau berkata, kaedah konvensional yang dilaksanakan tidak berkesan hingga mendatangkan tekanan kepada mereka. Katanya, kaedah sedia ada juga memaksa murid menyanyi dan menjatuhkan hukuman jika gagal berbuat demikian. Keterangan lanjut teknik menguasai sifir boleh layar laman web, www.bijaksifir.com.my.

23 Ogos 2010

Prasekolah kerajaan perlu nilai tambah

Sumber: pendidikan@utusan.com.my

PENDIDIKAN prasekolah sangat penting kepada perkembangan dan kemajuan akademik anak-anak kita. Ia menjadi sebuah institusi untuk menyiapkan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dengan kemahiran asas menulis, membaca serta mengira.

Di negara kita, terdapat dua jenis pendidikan prasekolah. Satu dikendalikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Manakala yang satu lagi diusahakan oleh pihak swasta sama ada secara persendirian atau melalui sistem francais. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama tetapi berbeza kurikulum. Hal ini menyebabkan standard kualiti muridnya juga tidak selaras. Murid prasekolah kerajaan begini, murid prasekolah swasta begitu. Melalui program transformasi kerajaan, pendidikan prasekolah kini dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran.

Semua prasekolah - kerajaan dan swasta - diwajibkan menggunakan kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Tenaga pengajar dan pembantunya juga perlu mengikuti latihan yang disediakan oleh KPM. Mereka juga perlu mempunyai ijazah. Guru yang belum memenuhi syarat itu perlu menyambung pelajaran.

Penyeragaman ini menjadikan padang permainan kembali sama rata antara prasekolah kerajaan dan swasta. Isu kualiti siapa lebih baik sepatutnya tidak timbul. Bagaimanapun, pengusaha prasekolah swasta pasti akan menawarkan pelbagai inovasi sebagai daya tarikan untuk mencari seramai mungkin pelajar di tadika masing-masing. Maklum saja kelangsungan perniagaan mereka bergantung kepada bilangan murid yang ada. Semakin ramai murid semakin banyak untung.

Usahawan prasekolah swasta akan membawa masuk pelbagai methodologi dan pedagogi pendidikan Barat atau dari negara maju lain sebagai nilai tambah kepada kurikulum standard yang sedia ada. Selain sebagai 'modal' menarik pelanggan, ia juga satu justifikasi untuk mengenakan yuran yang tinggi.Segalanya demi memastikan prasekolah mereka melahirkan kanak-kanak yang lebih cerdas dan menguasai kepintaran pelbagai. Ia juga untuk menjadikan prasekolah mereka menjadi pilihan utama ibu bapa.

Dalam hal ini, prasekolah kerajaan juga perlu mengambil pendekatan yang serupa tetapi menggunakan bahan bantu mengajar yang diterbitkan oleh syarikat tempatan. Kelebihannya, bahan tersebut menepati aspirasi negara dan sesuai dengan nilai-nilai murni masyarakat negara kita. Paling utama, prasekolah kerajaan yang diberi nilai tambah ini akan dapat mengecilkan jurang antara murid di desa atau kawasan pedalaman dengan murid di bandar.

Tambahan pula, prasekolah kerajaan merupakan satu-satunya pilihan pendidikan prasekolah yang ada di kawasan kampung dan pedalaman. Adalah menjadi tanggungjawab pengendali prasekolah kerajaan ini untuk melengkapi murid-muridnya dengan kecerdasan dan kemahiran tambahan melalui alat bantu mengajar yang sesuai serta berkualiti.

Sekiranya bajet mengizinkan, proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh dilaksanakan. Namun, ia bukan sekadar projek membekal perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan pembantunya juga perlu diberi latihan secara berkala untuk dilengkapi dengan teknik atau kaedah P&P terkini di samping menambah pengetahuan baru.

Melalui pendekatan ini, prasekolah kerajaan akan dilihat dinamik dan tidak boleh diperlekehkan. Malah tidak mustahil ia akan kembali menjadi pilihan utama ibu bapa kerana yurannya rendah dan kualiti pendidikannya setanding dengan prasekolah swasta.

19 Ogos 2010

Ujian Percubaan UPSR Peringkat SK Jambongan 2010

Pada tarikh 24 Ogos hingga 26 Ogos 2010 SK Jambongan akan mengadakan ujian percubaan UPSR kepada calon-calon yang akan menduduki ujian tersebut menjelang bulan september ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar keputusan UPSR tahun ini akan menunjukan peningkatan dari tahun sebelum ini. Kepada murid-murid yang akan menduduki ujian percubaan tersebut belajarlah dengan tekun serta buatlah persiapan dengan rapi. Semoga berjaya.

Penilaian Guru Cemerlang berdasarkan hubungan baik tak tepat

Dipetik dari Perkhidmatan Pelajaran Blog
Rabu, 2010 Ogos 18




KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan ‘bekas guru’, dalam ruangan ini bertarikh 9 Mei lalu bertajuk ‘Jemaah Nazir wajar semak guru cemerlang’.Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) diamanahkan untuk mentadbir urus hal berkaitan penilaian calon guru cemerlang dan pemantauan guru cemerlang.Dakwaan sesetengah guru memperoleh markah tinggi dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) asalkan menjalin hubungan baik dengan penilai tidak tepat.

Aspek lain yang dinilai JNJK ialah keterampilan profesional, pengurusan kurikulum, peranan dalam aktiviti bukan akademik, keperibadian dan pembabitan guru terbabit dalam bidang kepakarannya di peringkat antarabangsa, negara, daerah dan sekolah.Nazir penilai juga akan menemubual pengetua atau guru besar, guru penolong kanan, ketua panitia, guru dan murid bagi mengesahkan kepakaran calon.

Data kekosongan kuota guru cemerlang gred DG44 di sekolah rendah dan menengah yang diberikan juga tidak tepat. Kuota kekosongan yang diiklankan pada 25 Jun 2010 bagi gred DG44 sekolah rendah adalah 1531, manakala sekolah menengah 476.

Saranan ‘bekas guru’ supaya kuota guru cemerlang gred DG44 lebih banyak di sekolah rendah berbanding di sekolah menengah tidak bersesuaian kerana bilangan guru DG41 lebih ramai di sekolah menengah. Data terkini guru cemerlang DG44 di sekolah menengah (5379) dan sekolah rendah (7137).

JNJK amat prihatin isu berkaitan kualiti guru cemerlang bagi memastikan mereka berupaya mengekalkan kecemerlangan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran

15 Ogos 2010

Mohd Puad setuju beri kuasa polis tambahan kepada guru


BATU PAHAT – Cadangan oleh Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran (Kongres), Jemale Paimen untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru terutamanya guru disiplin dipersetujui tetapi kajian yang mendalam perlu dilakukan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. Walau bagaimanapun, tindakan berkenaan perlu kajian mendalam sebelum diluluskan kerana pelaksanaannya memerlukan masa dan pihak kementerian tidak mahu sesuatu kejadian sebaliknya berlaku.

Menurutnya, pihak yang mencadangkan untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru juga perlu menghantar satu memorandum berkaitan dengan permintaan itu.“Perkara tersebut sememangnya baik dan saya sendiri bersetuju tetapi kita perlu lihat kesannya terutamanya kepada guru kerana berkemungkinan ia akan menambah beban tugas guru yang sedia ada. “Guru disiplin berkenaan juga perlu di beri jaminan keselamatan terutamanya ketika di luar kawasan sekolah jika mahu di beri kuasa terbabit kerana guru berkenaan hanya berkuasa di dalam sekolah sahaja,” katanya ketika melawat mangsa ribut di Minyak Beku, semalam.

        Puad berkata, jika guru diberi kuasa berkenaan kebaikannya memang banyak seperti pelajar akan lebih takut untuk melakukan kesalahan di dalam sekolah seperti bertindak balas melakukan kerosakan kepada barangan milik guru termasuklah membakar dan sebagainya. Katanya, tetapi perkara ini perlu dikaji dan pertimbangan yang sewajarnya akan dilakukan supaya dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan masalah disiplin di kalangan pelajar.

“Bagaimanapun, bukan guru sahaja perlu membendung masalah ini, peranan ibu bapa dan masyarakat juga penting untuk mengatasi masalah pelajar yang terlibat dengan salah laku terutamanya jika berada di luar kawasan sekolah," katanya.

Sinar Harian: 14 Ogos 2010

Percepat pengeluaran Garis Panduan Peraturan Sekolah

Utusan Malaysia Online: 11 Ogos 2010



KUALA LUMPUR 11 Ogos — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) hari ini menggesa Kementerian Pelajaran mempercepatkan pengeluaran Garis Panduan Peraturan Sekolah yang baru bagi melindungi guru berikutan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing.

Setiausaha Agongnya, Lok Yim Pheng berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, kesatuan guru, para akademik dan ibubapa pada 2007, namun, masih belum menerima maklum balas mengenainya.

"Garis Panduan Peraturan Sekolah telah dibincangkan lama dulu, tetapi sehingga kini, masih belum siap dan kami masih lagi menunggu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi menangani masalah disiplin pelajar yang kian meruncing, Lok berkata pihaknya berpendapat lebih ramai guru lelaki diperlukan dan jawatan Ketua Guru Disiplin di setiap sekolah, dijadikan sebagai jawatan baru untuk kenaikan pangkat.

"Bagi melayakkan diri, setiap guru dengan kelayakan DG44 boleh dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut bagi sekolah menengah dan DG32 bagi sekolah rendah,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai persediaan, beliau berkata mereka yang ditawarkan ke jawatan itu perlu menghadiri latihan intensif dalam aspek undang-undang dan cara menangani masalah disiplin sebelum mula bertugas.

Lok juga berkata pihaknya mencadangkan agar kuasa merotan pelajar diberikan semula kepada guru bagi mengawal pelajar yang mempunyai masalah disiplin kronik.

"Syarat boleh diletakkan, tetapi kuasa merotan perlu dipulangkan semula bagi memudahkan kawalan terhadap segelintir pelajar “tegar” yang kerap menimbulkan masalah di sekolah,” katanya.

Beliau berkata perkara itu penting diberikan perhatian untuk melindungi golongan pendidik berdasarkan tindakan “berani” segelintir pelajar pada mutakhir ini yang mencetuskan kebimbangan.

"Sebilangan pelajar kadangkala bertindak terlalu agresif sehingga mencederakan guru, khasnya guru wanita.

"Minggu lepas, seorang guru diserang oleh seorang pelajar yang bertindak agresif di Sarawak,” katanya. — Bernama
Gambar-gambar SK Jambongan sekitar 2007-2010


Pemandangan 2008


SK Jambongan 2009


Bangunan Tahap 1


Bangunan Pentadbiran dan Tahap 2

Surau


Bangunan Asrama


Bangunan Prasekolah dan Tahun 4


Rumah Guru


Rumah Guru

Map Pulau Jambongan - SK Jambonga(Sumber GE 2007)


Panorama SK Jambongan

Jeti Kg Hujung Pulau Jambongan

Blok Rumah Baru SK Jambongan 2010

Sunset View


Golden Hour


Sunrise View


Pengangkutan Utama Bot


Pergerakan guru-guru dengan menggunakan bot

14 Ogos 2010

Daya Ingatan Penting Semasa Belajar

Dipetik dari Majalah,Cahaya Feb 2006
Penulis Aminuddin Mansor
Sebagai seorang pelajar, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan, daya ingatan berkait rapat dengan mental dan fizikal yang sihat serta mampu mengekalkan maklumat yang dibekalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat, mereka mestilah mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan anggota pancaindera yang sihat. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka yang cacat anggota tidak mempunyai ingatan yang kuat. Malah, kadang-kadang mereka yang kurang upaya seperti cacat penglihatan dan anggota mampu mengatasi daya ingatan orang yang sempurna.
Daya ingatan juga perlukan latihan dan bimbingan agar mantap dan mampu mengingati, memahami, mengeluarkan kembali perkara yang dipelajari khususnya yang berkaitan dengan fakta, maklumat yang penting dan mungkin keluar peperiksaan.
Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ingatan dan daya akal sebagai akal sebenarnya lebih berhak disebut sebagai nur atau cahaya berbanding mata, kerana akal tidak mempunyai kecacatan atau kekurangan yang dimiliki oleh mata.
Seterusnya beliau menyatakan, akal manusia itu sesungguhnya dapat membuat tanggapan, sesungguhpun demikian, perkara-perkara yang ditanggapinya itu sama sekali tidak ada yang sama.
Jelaslah bahawa daya ingatan itu berkait rapat dengan akal dan pemikiran. Oleh sebab itu, setiap pelajar mestilah menumpukan daya akal mereka kepada perkara yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.
Thomas Alva Edison pernah menyatakan tentang proses ingatan itu sebagai, genius itu satu peratus inspirasi dan 99 peratus cucuran keringat. Otak manusia tidak melihat satu perseribu daripada apa-apa yang dilihatnya.
Para pelajar patut memahami usaha yang gigih akan menjadikan proses daya ingatan itu kekal dalam minda seseorang. Di bawah ini diberikan beberapa teknik menambah ingatan semasa proses pembelajaran di sekolah dan di rumah.
1. Pemecahan kepada kumpulan(Chunking)

  • Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu.

  • Purata chunk yang mampu diterima mental ialah tujuh dan paling banyak ialah sembilan.

  • Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati di samping mengurangkan kebosanan.
2. Gabungan huruf pertama

  • Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna.

  • Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.
3. Daya imaginasi

  • Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan watak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ia diberi gambaran supaya lebih jelas.

  • Visual is more powerful than verbal, daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi gambaran melalui daya imaginasi kerana lebih jelas serta kekal kalau dibandingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.
4. Mempunyai makna

  • Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama
  • Maklumat yang ingin diingati boleh dihubungkan supaya dibentuk dalam satu ayat.
  • Sekiranya maklumat yang ingin diingati terlalu panjang, hubung kait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.
5. Membuat peta minda
  • Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.
  • Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.
  • Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan besar.
  • Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.
  • Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.
  • Gunakan warna yang terang.
  •  Peta minda dihasilkan secara bersahaja.
 6. Cara lokasi
 Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semula jadi
  •  Lokasi yang mudah digambarkan
  • Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan semata-mata
 7. Penggunaan kata kunci
  •  Perkataan yang hendak diingati dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna
  •  Beri gambaran mental kepada kata kunci supaya dapat dibayangkan dalam minda dan cuba diterjemahkan
8. Penggunaan gambar rajah
  • Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitan dengan kuantiti.

  • Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai digunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah-langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

  • Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek ,jelas dan menarik.
9. Penggunaan penanda wacana
  • Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungan.
  • Penanda wacana lebih berkesan sekiranya sering kali digunakan
10. Penggunaan soalan

  • Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.
  • Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, mengulangkaji dan pembelajaran dilaksanakan.

Kelebihan Solat Sunat Terawih

Disunting oleh Sharif Putra



Antara kelebihan yang akan dinikmati bagi mereka yang menunaikan solat sunat terawih ialah seperti berikut.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010

Dipetik dari © IBNISMAIL.WORDPRESS.CO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Salam sejahtera buat semua pengunjung, semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.

Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.

Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.

Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.

Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Wallahu a’lam.



13 Ogos 2010

Tugas-tugas Guru

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:

1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.

2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.

4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.

5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:

1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.

4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:

1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.

3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.


Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.

2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.

3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.

4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.

5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.

6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.

7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

Pakaian:

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah.

2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah.

3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut

1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.


Pelawat:

1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal.

2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.

3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:

1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:

1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:

1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:

1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini.

2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab.

3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.

2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.

3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.

5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.

6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.

8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.

9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.

12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.

13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.

15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.

16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.

17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.

18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.

21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.

9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.

10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.

11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.

13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.

14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Murid prasekolah naik 87% pada 2012

Murid prasekolah naik 87% pada 2012
OlehMUZDALIFAH MUSTAPHApengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan menyasarkan peningkatan 87 peratus pendaftaran kanak-kanak prasekolah kepada 447,556 murid pada 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah meningkatkan jumlah kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu merupakan usaha menjadikan sistem pendidikan negara terus relevan.

Menurutnya, pada masa sama, ia bagi mencapai matlamat menjadikan prasekolah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran.

“Pertambahan 104,850 murid itu adalah penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun yang mengikuti pembelajaran prasekolah kerajaan dan swasta,” katanya menjawab soalan Abd. Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif di kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut kurikulum yang dikuatkuasakan sejak 2003 sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta.

Katanya, kurikulum prasekolah sedia ada akan ditambah baik termasuk cadangan memanjangkan 50 peratus tempoh interaksi dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, 4,194 kelas prasekolah baru pula akan dibina menjelang 2012 selain menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif.

Tambah beliau, kementerian juga memberi latihan kepada guru prasekolah kerajaan dan swasta melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme.

“Penyeliaan serta pemantauan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dijalankan dari semasa ke semasa.

“Bukan itu sahaja, pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa terutama di luar bandar serta yang berpendapatan rendah akan dijalankan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Abd. Rahman mengenai masalah murid-murid normal yang keciciran membaca, menulis dan mengira (3M), Muhyiddin berkata, beliau yang menyedari perkara itu.

Menurutnya, masalah tersebut berlaku ekoran perbezaan kawasan pendidikan seperti di dalam dan luar bandar.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan RM48 juta melalui Bajet 2010 bagi memperbaiki kelemahan aspek keperluan, kemudahan dan latihan yang tidak mencukupi itu.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Muhyiddin berkata, program Permata di seluruh negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kementerian bercadang mengembangkannya.

Sekolah satu aliran tidak mustahil dilaksanakan

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Cadangan penubuhan sekolah satu aliran tidak mustahil dilaksanakan jika semua pihak melupakan kepentingan politik demi perpaduan negara.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, beliau menyokong cadangan itu tetapi menyifatkan pelaksanaannya amat sukar kerana banyak pihak masih mempertahankan kepentingan sendiri.

Setakat ini, katanya, terdapat banyak pandangan berbeza disuarakan yang menggambarkan cadangan itu sukar dilaksanakan kerana masih terdapat ramai pihak yang menentang.

''Semua pihak menyokong idea 1Malaysia tetapi tidak mahu menerima cadangan ini untuk menjaga kepentingan politik mereka agar terus mendapat sokongan daripada kaum masing-masing.

''Bagaimanapun, ia bukanlah satu yang mustahil jika masyarakat sanggup melupakan kepentingan politik dan ingin berubah demi perpaduan negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Bengkel Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dengan disertai seramai 52 pelajar cemerlang dari tujuh buah sekolah di sekitar Cheras.

Sementara itu bercakap mengenai program tersebut, Syed Ali berkata, Program Bengkel Kecemerlangan SPM 2009 ini dapat meningkatkan pengetahuan dan semangat pelajar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

''YPC berjanji akan memberi insentif RM1,000 kepada setiap seorang pelajar sekolah di kawasan Cheras yang mendapat keseluruhan A dalam SPM nanti.

''Ini adalah suntikan semangat kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh dan berkeyakinan menghadapi peperiksaan itu,'' katanya.


Transformasi pendidikan: mampukah ia dijayakan?
Oleh TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

SEPERTI yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan 500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun 2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.

Boleh dikatakan proses ransformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.

Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.

Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.

Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan (standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru diperlukan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.

Bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita PCG) dan latihan guru.

Akhir sekali, pengalaman dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar yang besar sebelum ini seperti KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar transformasi ini beroleh kejayaan di masa hadapan.