02 Oktober 2012

LATIHAN RANCANGAN KONTIGENSI KESELAMATAN SEKOLAH











Pada tanggal 02 Ogos 2012 telah diadakan satu taklimat dan latihan Rancangan Kontigensi (RANKON) bagi menghadapi ancaman keselamatan di sekolah. Taklimat dan latihan ini telah diadakan dengan kerjasama daripada pegawai dan anggota Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) dan Batalion 15 Briged Sabah Pasukan Gerakan Am Kem Sri Jambongan. Matlamat latihan dan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga SK Jambongan tentang tindakan serta merta yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang ancaman di sekolah. RANKON ini juga bertujuan menerangkan kesiagaan pasukan serta elemen Quick Reaction Force (QRF) tentera darat dalam memberi bantuan semasa berlaku ancaman keselamatan pada sebilang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan