02 Oktober 2012

PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 1M 1S 1 MALAYSIA












 
SK Jambongan telah mengadakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Pada 10 Julai 2012. Senamrobik ini telah melibatkan 90 orang peserta dari kalangan murid, guru, dan staf sokongan. Acara senamrobik ini adalah selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Senamrobik yang diadakan serentak di seluruh negara pada 10 Julai 2012 ini telah menarik penyertaan hampir 3,660,580 juta murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah. Kejayaan ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan